Follow My Instagram @fatinfitmama For More Updates.

Friday, March 20, 2020

Tentang Saya

Assalamualaikum. Hai.

Nama: Fatin
Umur: Cukuplah saya katakan awal 30-an (rahsia, kononnya).
Status perkahwinan: Sudah berkahwin.
Ibu kepada 4 orang cahaya mata.
Latar belakang pendidikan: Seorang graduan dari Universiti Teknologi PETRONAS dalam bahagian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, (Julai 2006-Sept 2011)
Pekerjaan: Surirumah sepenuh masa dan juga merupakan Pengedar Herbalife secara sambilan.

Pengalaman bermakna buat diri saya:

  • Bergelumang dengan peluang perniagaan sewaktu masih memegang gelaran sebagai seorang pelajar di universiti.
  • Membuat keputusan untuk tidak menerima peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat yang memberikan saya biasiswa pinjaman boleh ubah, P******* dan menyambung melakukan bisnes Herbalife secara sepenuh masa.
  • Setelah berkahwin, saya juga ditakdirkan untuk melalui fasa percubaan untuk hamil atau selalu dipanggil TTC (Trying To Conceive) selama 7 tahun dan alhamdulillah pada tahun ke 7 perkahwinan Allah hadirkan seorang anak dari rahim saya.
  • Seorang penghidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) dan juga Endometriosis Tahap 1.
  • Saya juga merupakan seorang ibu yang berjaya melalui fasa cetusan laktasi (Induced Lactation) dan menyusukan 3 orang anak angkat yang sekarang dinaikkan status menjadi anak susuan saya setelah lengkap syarat penyusuan untuk dimahramkan tanpa pernah merasa hamil dan melahirkan.
  • Sekarang, saya merupakan seorang ibu kepada 4 orang anak yang melakukan bisnes Herbalife secara separuh masa (kerana majoriti masa saya diperuntukkan untuk anak-anak).



Penulisan di blog ini adalah penceritaan yang ingin saya abadikan mengenai kehidupan harian saya bersama anak-anak. Dan sudah semestinya akan saya selitkan sekali mengenai Herbalife.






Gambar di atas adalah penyebab perkenalan saya dengan produk Herbalife pada tahun 2010. Kenaikan berat mendadak sewaktu cuti semester membuatkan saya mencari solusi untuk menurunkan kembali berat yang terkumpul. Alhamdulillah Allah temukan saya dengan kawan dari zaman sekolah rendah, Maryam Izzati, berjaya membuatkan saya menurunkan 5kg dengan bantuan makanan gantian Herbalife.





Mendirikan rumahtangga pada 2011.





Graduan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Teknologi Petronas UTP.











Lama Allah berikan tempoh bulan madu (honeymoon) kepada kami tanpa kehadiran zuriat dari rahim saya.





Alhamdulillah, pada tahun 2015, bidadari yang Allah hadirkan melalui rahim wanita lain, menjadi sumber kebahagiaan buat kami berdua. Proses memahramkan bidadari kecil ini tanpa saya lalui proses mengandung dan melahirkan menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah. InshaAllah di kesempatan lain, akan saya kongsikan mengenai pengalaman saya membuat cetusan laktasi atau 'induced lactation'.






Tahun 2016 pula Allah hadirkan seorang bidadari dan seorang bidadara kecil serentak pada tahun yang sama. Kedua-dua permata hati ini juga Alhamdulillah berjaya saya mahramkan dengan cara yang sama dengan anak pertama.






Dan akhirnya penantian seorang zuriat dari rahim sendiri bertemu pengakhiran pada 9 Januari 2019.

7 tahun penantian.
Secara rasminya, saya menjadi mama kepada 4 orang anak.



Memandangkan bilangan anak bertambah, dan hanya suami sahaja yang bekerja, saya membuat keputusan untuk kembali meneruskan misi menjadi pengedar dan jurulatih Herbalife secara separuh masa. Sejujurnya sejak 2015 saya hanya menggunakan produk untuk diri sendiri dan membuat bimbingan tentang penggunaan produk Herbalife kepada pelanggan-pelanggan lama saya sahaja. Dan untuk tahun 2020 ini in sha Allah misi bakal diteruskan secara lebih berdisiplin dan lebih fokus.


FOLLOW INSTAGRAM: @fatinfitmama







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...