Follow My Instagram @fatinfitmama For More Updates.

Tuesday, March 31, 2020

Deena Zinneerah Amzar 5 tahun!

Assalamualaikum. Hai.

Hari ke-14 PKP.
31 Mac 2020.

Pejam celik permata hati yang lahir pada 31 Mac 2015 sudahpun memasuki umur 5 tahun pada tahun ini.
Permata hati yang menukar pangkat kami menjadi seorang mama dan abah.
Permata hati yang mengajar saya ilmu cetusan laktasi (induced lactation).
Permata hati yang membuktikan seorang wanita tidak perlu hamil atau melahirkan untuk menjadi seorang mama.
Yang perlu hanyalah kasih sayang yang tulus ikhlas dari seorang insan kepada insan yang lain.
Permata hati yang membuktikan seseorang wanita itu mampu menyusukan anak tanpa melalui fasa mengandung dan melahirkan.
Yang perlu hanyalah rasa tanggungjawab yang tinggi untuk memahramkan anak, usaha tanpa jemu dan ilmu yang tepat.
Semuanya dengan izin Allah.

Perjuangan untuk permata hati ini masih belum tamat.
Banyak lagi yang perlu kami lakukan.
Membesarlah permata hatiku menjadi hambaNya yang taat perintah.
Membesarlah dengan semua kasih sayang yang dicurahkan tanpa sempadan.

Terima kasih Allah kerana hadirkan permata hati ini ke dalam hidup kami.
Terima kasih ibu kandung permata hati ini kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk dijaga dan dibesarkan.
Terima kasih sayangku kerana kehadiranmu cukup membahagiakan.

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran kelima, Deena Zinneerah Amzar. 






Disebabkan PKP, kek dibuat oleh adik nombor 4, yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya juga semalam. Terima kasih Cikco. Disebabkan hari lahir Cikco dan Deena dekat-dekat, membuatkan hari lahir Deena pasti disambut setiap tahun. Tahun ini lebih bermakna sebab kek dibuat khas oleh Cikco.



________________________________________________________________________________________________


Berita baik kepada mereka yang berminat hendak sertai Cabaran Kurus Online sesi April 2020, bolehlah hubungi saya.






FOLLOW INSTAGRAM: @fatinfitmama

Sunday, March 29, 2020

Kawal Kesihatan Mental dan Emosi sewaktu Covid-19

Assalamualaikum. Hai.

Hari ini hari ke-12 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Anda semua ok di rumah?
Saya harap semua dalam keadaan sihat in sha Allah.

Sihat dari segi fizikal.
Sihat dari segi emosi.

Buat pertama kali sepanjang 12 hari PKP, 
Jantung berdegup laju.
Mata seakan sukar dilelapkan,
Sejenis manusia yang terlalu berfikir (overthinking),
Fikir tentang kebarangkalian yang belum tentu terjadi lagi,
Dan segala apa yang difikirkan pasti menjadi mimpi di kala tidur.

Pagi ini,
Buat keputusan untuk berhenti berfikir,
Rehatkan minda,
Fokus hanya pada realiti,
Tumpu hanya pada yang di hadapan mata,
Letak kebergantungan 100% kepada yang Hakiki.

Saya pasti bukan saya seorang berada dalam keadaan seperti ini. Sekiranya, anda juga alami perkara yang sama, mungkin kerana:

  • Anda mempunyai ketakutan melampau terhadap jangkitan Covid-19
  • Anda terlalu memikirkan kesan ekonomi seleas tempoh PKP berakhir 
  • Anda sedang proses menyesuaikan diri untuk bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama terpaksa menjaga anak
  • Anda seorang ekstrovert dan anda terpaksa berkurung di rumah berseorangan 

Mungkin, kita sama-sama boleh cuba atasi dengan cara-cara di bawah:

1. Hiburkan hati dengan aktiviti yang anda suka

Sekiranya anda minat memasak, lakukanlah.
Sekiranya anda minat menjahit, teruskanlah.
Sekiranya anda minat menonton drama, tontonlah dengan berpada.
Sekiranya anda tidak dapat melakukan kerja di rumah kerana segala urusan pekerjaan memerlukan anda untuk ke pejabat, ambillah peluang ini untuk mengeratkan lagi silaturrahim bersama ahli keluarga.

Inilah antara hasil kami di rumah.



Aktiviti mewarna bersama anak-anak.


Adik buat kek batik untuk sambutan hari lahir Deena dan dirinya sendiri. 


Saya bukanlah seorang yang pandai mekap. Sesekali serahkan muka ke adik untuk adik mekapkan. 

2. Berhenti membaca maklumat di media sosial tentang Covid-19. 

Baca hanya untuk pastikan kita tidak terlepas maklumat penting.
Baca hanya dari sumber yang sahih seperti instagram: kementeriankesihatanmalaysia.
Dan netizen, tolonglah jadi pengguna yang bertanggungjawab. 
Berhenti sebarkan berita palsu.
Anda hanya menambahkan panik di kalangan pembaca.

3. Jaga pemakanan anda.
Diet yang seimbang membantu badan kita mendapatkan nutrien yang diperlukan dalam menangani stress. Pengambilan vitamin B2, vitamin E, magnesium, zink, omega 3, vitamin c, kalsium dan karbohidrat kompleks yang cukup boleh membantu menstabilkan hormon seseorang. 

Dalam tempoh PKP ni, marilah kita usaha untuk mendapatkan berat bmi yang ideal. Jika anda perlukan bantuan untuk turunkan berat badan secara sihat, in sha Allah, boleh klik DI SINI.

4. Dapatkan tidur secukupnya.

Pola tidur yang teratur dan cukup dapat membantu mengimbangi emosi kita. Rehat yang cukup membuatkan kita lebih segar dan bertenaga sepanjang hari. 

5. Kekalkan perhubungan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui telefon/ whatsapp/ video call

Untuk mereka yang berjauhan dari ahli keluarga, pastikan anda kerap menghubungi mereka untuk bercerita, meluahkan apa yang anda rasa. Bagi mereka yang melalui PKP bersama ahli keluarga di dalam rumah, kerapkan komunikasi di antara anda. Komunikasi yang baik in sha Allah boleh meredakan kekusutan yang kita rasai.

6. Berbalik kepada Allah

Sebagai seorang Islam, ambillah peluang PKP ini untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah.
Sekiranya, sebelum ini kita terlalu leka dengan pekerjaan kita sehingga lupa untuk banyakkan beribadah, ambillah peluang ini sebaiknya.
Sekiranya, sebelum ini kita terlalu leka melayan karenah anak dari detik mata terbuka sehingga mata tertutup di malam hari, ambillah peluang ini sebaiknya untuk memperbanyakkan amalan.
Penuhilah masa kita sepanjang PKP dengan solat di awal waktu, membaca Al-Quran, banyakkan berdoa, banyakkan mengadu dan merintih kepada Allah, banyakkan solat sunat hajat mahupun dhuha. 

7. Berfikiran positif.

Semua yang berlaku pasti akan ada pengakhirannya.
Begitu juga PKP.
Begitu juga Covid-19.
Pandanglah dari sudut positif.
Carilah hikmah di atas ujian yang Allah turunkan.

"This too shall pass"

8. Melakukan senaman.

Hormon endorfin yang dirembeskan selepas kita bersenam adalah hormon "kebahagiaan". Membantu dalam melancarkan peredaran darah dan mengawal tahap tekanan kita.

Tetapi, sekiranya segala usaha di atas tidak mampu membuatkan anda kembali tenang, boleh hubungi talian di bawah dan dapatkan khidmat nasihat. Pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat dari yang pakar secepat mungkin.




Untuk mereka yang alami tekanan untuk turunkan berat badan atau mencari solusi untuk turunkan berat badan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, bolehlah hubungi saya.




FOLLOW INSTAGRAM: @fatinfitmama

Saturday, March 28, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan: Tips Turun Berat Badan Sepanjang di Rumah

Assalamualaikum. Hai.

Hari ini merupakan hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi melawan penularan Covid-19. Tahniah saya ucapkan buat semua yang patuh pada PKP dan duduk di rumah. Kepada semua anggota barisan hadapan (frontliners); doktor, jururawat, petugas makmal, polis, tentera, pekerja pasar raya, tukang pos dan semua yang terlibat, terima kasih saya ucapkan di atas khidmat yang diberikan. Bersama-sama kita jalankan tanggungjawab kita untuk merendahkan lengkung epidemik (flatten the curve). 



Berbalik kepada tajuk di atas, khas untuk mereka yang perlu duduk di rumah, siapa yang dah naik penimbang?

Berat anda naik?
Berat anda sama sahaja?
Berat anda turun?
Asyik ke dapur cari makanan?
Atau tiada masa untuk makan kerana terpaksa jaga anak-anak dan dalam masa yang sama perlu bekerja dari rumah?

Jadi, mari kita mulakan tips turun berat badan sepanjang di rumah.

1. Rancang Menu Makanan

Duduk berbincang dengan ahli keluarga, menu masakan untuk seminggu.
Senaraikan setiap satu bahan yang diperlukan.
Beli hanya barang yang terdapat di dalam senarai yang telah disediakan dan beli mengikut kuantiti yang diperlukan setiap orang sahaja.
Elakkan pembelian dengan jumlah yang banyak supaya tiada pembaziran dan setiap orang hanya makan mengikut jumlah kalori yang ditetapkan.

2. Pilihan Menu Makanan Seimbang

Mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia:


  • Isikan suku pinggan dengan sumber protein seperti ikan atau ayam.
  • Isikan suku pinggan dengan karbohidrat seperti nasi, mee.
  • Isikan separuh pinggan dengan sayur dan buah sebagai sumber serat.






Untuk cara lebih mudah untuk tentukan hidangan yang sempurna, boleh juga gunakan tangan anda sebagai panduan:

  • Segenggam karbohidrat
  • Sebesar satu tapak tangan protein
  • Satu cekup buah-buahan dan sayuran
Pengambilan protein dan serat yang mencukupi in sha Allah boleh membuatkan anda tahan lapar lebih lama. 

3. Jangan Beli 'Junk Food'

Perkara paling mudah yang kita boleh buat untuk elakkan diri kita daripada memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti jajan, coklat, makanan berproses yang tinggi dengan garam dan gula adalah dengan cara TIDAK MEMBELI. Apabila makanan tersebut tiada di dalam rumah, in sha Allah kita juga pasti terselamat dari memakan makanan tersebut ketika kita terasa lapar atau bosan. 

4. Minum Air Putih Mencukupi

Pastikan kita minum air secukupnya untuk mengelakkan badan kita tidak dehidrasi. 

5. 10 Minit Senaman Ringan Setiap Hari


Aktiviti senaman yang mudah seperti di atas bolehlah dilakukan untuk membuatkan kita lebih aktif di rumah. 

6. Makan Tepat Pada Waktu

Rangka jadual untuk makan tepat pada masanya.
Makan mengikut masa akan mengurangkan kebarangkalian untuk kita makan dengan banyak pada suatu masa.
Jadual makan yang dirangka bolehlah mengikut contoh seperti di bawah:

Sarapan pagi: 7 pagi - 8 pagi
Snek pagi: 10 pagi
Makan tengah hari: 1 petang - 2 petang
Snek petang: 5 petang
Makan malam: 7 malam - 8 malam

Kuantiti makanan yang diambil juga hendaklah mengikut bilangan kalori yang diperlukan oleh badan anda.

Cabaran Kurus Online memang menitikberatkan tentang makan mengikut masa. 
Cabaran Kurus Online juga menyediakan menu makanan beserta jumlah kalori yang anda perlukan, senarai barang dapur yang diperlukan untuk memastikan anda mampu mengawal pemakanan anda. 


Semoga dengan tips di atas, dapat membantu anda semua untuk kawal berat badan sepanjang proses Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Kalau nak lebih mudah lagi, boleh hubungi saya untuk sertai terus Cabaran Kurus Online.

  • Pelan pemakanan 5x sehari disediakan
  • Turun berat badan dengan makan nasi
  • Tidak perlu melakukan senaman, tetapi bonus jika anda lakukan senaman
  • Sesuai untuk mereka yang sibuk dan tidak punya masa untuk menyediakan makanan sihat
  • Program kami akan sediakan sekali makan sarapan dan makan malam anda. Mudah disediakan dan sedap in sha Allah.
  • Bimbingan secara individu dan berkumpulan.
  • Dimasukkan ke dalam kumpulan sokongan Whatsapp.
  • Segalanya secara online, HANYA perlu ada internet dan whatsapp






FOLLOW INSTAGRAM: @fatinfitmama


Thursday, March 26, 2020

Cabaran Kurus Online

Assalamualaikum. Hai.

Apa itu Cabaran Kurus Online?
  • Program Cabaran Kurus Online adalah program yang direka khas untuk membantu ramai orang, khususnya rakyat Malaysia untuk turunkan berat badan dengan cara yang sihat.
  • Menariknya, program ini adalah 100% atas talian (ONLINE).
  • Program ini akan berlangsung selama 21 hari. 
  • Dibuka kepada semua yang duduk di Malaysia, kerana program kami adalah secara ONLINE.
  • Hanya perlu ada whatsapp

FOLLOW INSTAGRAM: @fatinfitmama

Siapa yang boleh join Cabaran Kurus Online?
  1. Khas untuk mereka yang sudah mencuba pelbagai cara, tetapi masih belum berjaya. Mungkin, Herbalife adalah jawapan untuk anda.
  2. Khas untuk mereka yang tidak mempunyai banyak masa atau sibuk.
    • Tiada masa untuk memasak makanan sihat.
    • Tiada masa untuk membeli barang dapur.
    • Tiada masa untuk melakukan senaman.
    • Tiada masa untuk mengira kalori makanan.
    • Ada juga yang tergolong dalam golongan tiada masa untuk makan
  3. Khas untuk mereka yang ingin belajar tentang pelan pemakanan yang sihat dan boleh diamalkan untuk jangka masa yang panjang.
  4. Khas untuk mereka yang sukakan komuniti yang positif dan sering memberi sokongan dalam mendapatkan berat badan yang ideal.

Apa yang anda akan dapat dalam Cabaran Kurus Online?
  • Turun berat sebanyak 4-7 KG SEBULAN.
  • Bimbingan dan Follow Up dari JURULATIH pengurusan berat badan selama 21 hari.
  • Pelan pemakanan untuk turunkan berat.
  • Pelan pemakanan yang diberi adalah untuk 5x makan sehari. Jadi anda boleh turunkan berat badan TANPA BERLAPAR dan masih BOLEH MAKAN NASI.
  • Tips pemakanan yang betul.
  • Makanan gantian untuk sarapan pagi dan malam selama 21 hari.
  • Kumpulan sokongan motivasi di dalam Whatsapp.

Ingin saya perkenalkan makanan gantian untuk sarapan pagi dan makan malam anda selama 21 hari di dalam program Cabaran Kurus Online adalah:



Kenapa Cabaran Kurus Online menggunakan produk Herbalife?


Herbalife adalah #1 di dunia dalam makanan gantian dan protein tambahan.*
*Sumber: Euromonitor International Limted; per Consumer Health 2017ed, meal replacement and protein supplements definitions; combined % RSP share GBO, 2016 data.

Herbalife sudah bertapak di dalam industri makanan gantian selama lebih 40 tahun.
Diasaskan pada tahun 1980, dan sudah pastinya Herbalife adalah sebuah syarikat yang kukuh kerana sudah bmampu bertahan untuk suatu tempoh yang lama.

Herbalife disokong oleh Herbalife Nutrition Advisory Board.
Terdapat saintis dan pakar di dalam bidang nutrisi, sains dan pemakanan yang menjadi ahli dalam Herbalife Nutrition Advisory Board. In sha Allah, produk Herbalife selamat untuk digunakan.






Kelebihan Produk Herbalife: 

KALORI RENDAH

Anggaran 90-150 kcal setiap hidangan.

KAYA DENGAN PROTEIN
18g untuk setiap hidangan. Protein membantu dalam meningkatkan metabolisme, cepatkan penurunan lemak, kenyang lebih lama dan mudah untuk mengekalkan berat badan.

MENGANDUNGI 19 VITAMIN DAN MINERAL
Makanan rendah kalori yang dilengkapi dengan vitamin dan mineral yang diperlukan badan kita.

DILENGKAPI DENGAN 3 GRAMS FIBER
Fiber sangat diperlukan untuk sistem pencernaan kita. Tahukah anda, kita memerlukan sekitar 25 gram fiber setiap hari?

MUDAH DAN CEPAT DISEDIAKAN
Semudah 3 minit masa penyediaan. Sesuai sangat untuk mereka yang sibuk atau tidak punya masa untuk menyediakan makanan.

6 PERISA MENARIK UNTUK DICUBA
Dutch Chocolate, Cappucino, Tropical Fruit, Strawberry, French Vanilla, Cookies & Cream.
Saya sudah menggunakan Herbalife selama 10 tahun, masih lagi mengamalkan sarapan pagi dengan Herbalife kerana sangat mudah, cepat dan ada pelbagai perisa boleh dicuba.




TESTIMONI JURULATIH

2010, mencari produk yang boleh membantu saya menurunkan berat badan.
Berat badan naik mendadak gara-gara tidak dapat mengawal pemakanan sewaktu cuti semester.
Pencarian berakhir apabila ditemukan dengan Herbalife.


Lumrah wanita, mengandung pasti naik berat badan.
Begitu juga saya.
Seusai melahirkan, dan sepanjang menyusukan anak sepenuhnya hingga kini, Alhamdulillah berjaya menurunkan berat badan dengan Herbalife.


Selain saya, ramai lagi jurulatih di dalam Cabaran Kurus Online yang sama-sama turut menggunakan produk dan mendapat hasil masing-masing.











INGIN MULAKAN PROGRAM CABARAN KURUS ONLINE ANDA SEKARANG?

Boleh klik link di bawah:




FOLLOW INSTAGRAM: @fatinfitmama


PESERTA YANG PERNAH JOIN CABARAN KURUS ONLINE.

















MEREKA SUDAH AMBIL TINDAKAN UNTUK UBAH BERAT BADAN MEREKA.
ANDA INGIN MENJADI SEPERTI MEREKA?



FOLLOW INSTAGRAM: @fatinfitmama

BANYAK LAGI TESTIMONI PESERTA CABARAN KURUS ONLINE KAMI
























ADA JUGA PESERTA YANG TETAP MENERUSKAN CABARAN KURUS ONLINE UNTUK DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL. SLOGAN KAMI ADALAH JOIN SAMPAI KURUS.








MEREKA SUDAH AMBIL TINDAKAN UNTUK UBAH BERAT BADAN MEREKA.
ANDA INGIN MENJADI SEPERTI MEREKA?



FOLLOW INSTAGRAM: @fatinfitmama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...