Hari ini merupakan hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi melawan penularan Covid-19. Tahniah saya ucapkan buat semua yang patuh pada PKP dan duduk di rumah. Kepada semua anggota barisan hadapan (frontliners); doktor, jururawat, petugas makmal, polis, tentera, pekerja pasar raya, tukang pos dan semua yang terlibat, terima kasih saya ucapkan di atas khidmat yang diberikan. Bersama-sama kita jalankan tanggungjawab kita untuk merendahkan lengkung epidemik (flatten the curve).
Berbalik kepada tajuk di atas, khas untuk mereka yang perlu duduk di rumah, siapa yang dah naik penimbang?
Berat anda naik?
Berat anda sama sahaja?
Berat anda turun?
Asyik ke dapur cari makanan?
Atau tiada masa untuk makan kerana terpaksa jaga anak-anak dan dalam masa yang sama perlu bekerja dari rumah?
Jadi, mari kita mulakan tips turun berat badan sepanjang di rumah.
1. Rancang Menu Makanan
Duduk berbincang dengan ahli keluarga, menu masakan untuk seminggu.
Senaraikan setiap satu bahan yang diperlukan.
Beli hanya barang yang terdapat di dalam senarai yang telah disediakan dan beli mengikut kuantiti yang diperlukan setiap orang sahaja.
Elakkan pembelian dengan jumlah yang banyak supaya tiada pembaziran dan setiap orang hanya makan mengikut jumlah kalori yang ditetapkan.
2. Pilihan Menu Makanan Seimbang
Mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia:
- Isikan suku pinggan dengan sumber protein seperti ikan atau ayam.
- Isikan suku pinggan dengan karbohidrat seperti nasi, mee.
- Isikan separuh pinggan dengan sayur dan buah sebagai sumber serat.
Untuk cara lebih mudah untuk tentukan hidangan yang sempurna, boleh juga gunakan tangan anda sebagai panduan:
- Segenggam karbohidrat
- Sebesar satu tapak tangan protein
- Satu cekup buah-buahan dan sayuran
Pengambilan protein dan serat yang mencukupi in sha Allah boleh membuatkan anda tahan lapar lebih lama.
3. Jangan Beli 'Junk Food'
Perkara paling mudah yang kita boleh buat untuk elakkan diri kita daripada memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti jajan, coklat, makanan berproses yang tinggi dengan garam dan gula adalah dengan cara TIDAK MEMBELI. Apabila makanan tersebut tiada di dalam rumah, in sha Allah kita juga pasti terselamat dari memakan makanan tersebut ketika kita terasa lapar atau bosan.
4. Minum Air Putih Mencukupi
Pastikan kita minum air secukupnya untuk mengelakkan badan kita tidak dehidrasi.
5. 10 Minit Senaman Ringan Setiap Hari
Aktiviti senaman yang mudah seperti di atas bolehlah dilakukan untuk membuatkan kita lebih aktif di rumah.
6. Makan Tepat Pada Waktu
Rangka jadual untuk makan tepat pada masanya.
Makan mengikut masa akan mengurangkan kebarangkalian untuk kita makan dengan banyak pada suatu masa.
Jadual makan yang dirangka bolehlah mengikut contoh seperti di bawah:
Sarapan pagi: 7 pagi - 8 pagi
Snek pagi: 10 pagi
Makan tengah hari: 1 petang - 2 petang
Snek petang: 5 petang
Makan malam: 7 malam - 8 malam
Kuantiti makanan yang diambil juga hendaklah mengikut bilangan kalori yang diperlukan oleh badan anda.
Cabaran Kurus Online memang menitikberatkan tentang makan mengikut masa.
Cabaran Kurus Online juga menyediakan menu makanan beserta jumlah kalori yang anda perlukan, senarai barang dapur yang diperlukan untuk memastikan anda mampu mengawal pemakanan anda.
Semoga dengan tips di atas, dapat membantu anda semua untuk kawal berat badan sepanjang proses Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Kalau nak lebih mudah lagi, boleh hubungi saya untuk sertai terus Cabaran Kurus Online.
- Pelan pemakanan 5x sehari disediakan
- Turun berat badan dengan makan nasi
- Tidak perlu melakukan senaman, tetapi bonus jika anda lakukan senaman
- Sesuai untuk mereka yang sibuk dan tidak punya masa untuk menyediakan makanan sihat
- Program kami akan sediakan sekali makan sarapan dan makan malam anda. Mudah disediakan dan sedap in sha Allah.
- Bimbingan secara individu dan berkumpulan.
- Dimasukkan ke dalam kumpulan sokongan Whatsapp.
- Segalanya secara online, HANYA perlu ada internet dan whatsapp
FATIN - https://fatinfitmama.wasap.my/
FOLLOW INSTAGRAM: @fatinfitmama
Nice Post..Tq Coach!
ReplyDelete