Follow My Instagram @fatinfitmama For More Updates.

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, April 20, 2020

Projek Sains Bersama Anak Ketika PKP

Assalamualaikum. Hai.

Hari ke-34 PKP.
20 April 2020.

Tahun 2020 sememangnya tahun yang mencabar buat saya.
Dari awal tahun, perlukan adaptasi demi adaptasi.
Tahun pertama menghantar tiga orang anak ke sekolah secara serentak.
Anak-anak yang selama ini 24 jam di hadapan mata kerana saya seorang surirumah.
Sejak bersekolah, dari Januari hingga Mac, anak silih berganti tidak sihat.
Mungkin asbab imun mereka sedang bekerja kuat untuk melawan segala virus.

Disebabkan anak mula bersekolah, saya membuat keputusan untuk mula melakukan bisnes Herbalife. Untuk mengisi waktu lapang ketika anak di sekolah.
Belum lagi proses adaptasi untuk kerja dari rumah lengkap, seluruh dunia diuji pula dengan kehadiran Covid19.
Sekali lagi, perlu menyesuaikan diri untuk membahagikan masa antara anak-anak dan kerja dari rumah.
Ditambah pula, sekolah anak-anak mula memberi tugasan kepada anak-anak.

Apa pun, yang pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya
Segalanya tergantung pada diri kita untuk melihat dari sudut positif.
Ye, diakui agak sukar untuk membahagikan masa tetapi tiada yang mustahil.

Pada minggu ke-lima PKP, saya perhati anak sulung saya menunjukkan minat dalam melihat sekuntum bunga.
Bunga yang pada awalnya kuncup.
Menanti tiba masa bunga tersebut berkembang mekar.
Disebabkan proses tersebut memakan masa berhari-hari dan anak perlu keluar rumah, saya membuat keputusan untuk buat aktiviti cambahkan taugeh dari kacang hijau.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Kacang hijau
2. Pengukus besi dan penutup
3. Tisu dapur
4. Penyembur air (untuk siram, tetapi terpulang pada cara ibu-ibu untuk lakukan proses siraman)

Cara-cara:

1. Ambil segenggam kacang hijau dan rendam dahulu untuk 12 jam.
2. Ambil tisu dapur dan alaskan bahagian bawah pengukus.
3. Basahkan dahulu menggunakan penyembur air tisu dapur tersebut.
4. Letakkan kacang hijau yang telah direndam di atas tisu dapur.
5. Tutup kacang hijau berkenaan dengan satu lagi lapisan tisu dapur.
6. Basahkan tisu dapur tersebut juga dengan air menggunakan penyembur air.
7. Tutup pengukus tersebut dan biarkan di kawasan gelap.
8. Setiap 6 jam, gunakan penglibatan anak untuk menyiram kacang hijau tersebut.
9. Dan takungan air di bahagian bawah pengukus mestilah kerap dibuang untuk mengelakkan bau busuk.

Inilah hasil projek sains bersama anak-anak. 

Proses meletakkan kacang hijau yang telah direndam.



Proses membasahkan lapisan atas tisu dapur.


Selepas 24 jam, inilah hasil kejadian taugeh.


Selepas 48 jam.


Dan inilah hasil selepas 72 jam penantian dan dedikasi anak-anak menyiram taugeh.



Bolehlah buat aktiviti ini dengan anak-anak masing-masing ye ibu-ibu. In sha Allah anak mesti gembira dan teruja melihat proses dari biji benih sehingga menjadi taugeh. 
Untuk ibu-ibu yang mempunyai anak lebih besar, boleh juga ajak bersama-sama proses menggoreng taugeh ini.
Mana tahu dengan penglibatan dari awal, anak-anak boleh menjadi suka memakan sayuran (khas buat anak yang tidak suka sayur).


________________________________________________________________________________________________


Selain aktiviti untuk anak, berita baik untuk ibu-ibu. Ibu-ibu yang berminat untuk turunkan berat badan, ubah gaya pemakanan dan gaya hidup bolehlah hubungi Coach Fatin ye.

Cabaran Kurus Online untuk Mei 2020 sudah dibuka SEKARANG!




FOLLOW INSTAGRAM: @fatinfitmama

Tuesday, March 31, 2020

Deena Zinneerah Amzar 5 tahun!

Assalamualaikum. Hai.

Hari ke-14 PKP.
31 Mac 2020.

Pejam celik permata hati yang lahir pada 31 Mac 2015 sudahpun memasuki umur 5 tahun pada tahun ini.
Permata hati yang menukar pangkat kami menjadi seorang mama dan abah.
Permata hati yang mengajar saya ilmu cetusan laktasi (induced lactation).
Permata hati yang membuktikan seorang wanita tidak perlu hamil atau melahirkan untuk menjadi seorang mama.
Yang perlu hanyalah kasih sayang yang tulus ikhlas dari seorang insan kepada insan yang lain.
Permata hati yang membuktikan seseorang wanita itu mampu menyusukan anak tanpa melalui fasa mengandung dan melahirkan.
Yang perlu hanyalah rasa tanggungjawab yang tinggi untuk memahramkan anak, usaha tanpa jemu dan ilmu yang tepat.
Semuanya dengan izin Allah.

Perjuangan untuk permata hati ini masih belum tamat.
Banyak lagi yang perlu kami lakukan.
Membesarlah permata hatiku menjadi hambaNya yang taat perintah.
Membesarlah dengan semua kasih sayang yang dicurahkan tanpa sempadan.

Terima kasih Allah kerana hadirkan permata hati ini ke dalam hidup kami.
Terima kasih ibu kandung permata hati ini kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk dijaga dan dibesarkan.
Terima kasih sayangku kerana kehadiranmu cukup membahagiakan.

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran kelima, Deena Zinneerah Amzar. 






Disebabkan PKP, kek dibuat oleh adik nombor 4, yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya juga semalam. Terima kasih Cikco. Disebabkan hari lahir Cikco dan Deena dekat-dekat, membuatkan hari lahir Deena pasti disambut setiap tahun. Tahun ini lebih bermakna sebab kek dibuat khas oleh Cikco.



________________________________________________________________________________________________


Berita baik kepada mereka yang berminat hendak sertai Cabaran Kurus Online sesi April 2020, bolehlah hubungi saya.






FOLLOW INSTAGRAM: @fatinfitmama

Friday, March 20, 2020

Tentang Saya

Assalamualaikum. Hai.

Nama: Fatin
Umur: Cukuplah saya katakan awal 30-an (rahsia, kononnya).
Status perkahwinan: Sudah berkahwin.
Ibu kepada 4 orang cahaya mata.
Latar belakang pendidikan: Seorang graduan dari Universiti Teknologi PETRONAS dalam bahagian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, (Julai 2006-Sept 2011)
Pekerjaan: Surirumah sepenuh masa dan juga merupakan Pengedar Herbalife secara sambilan.

Pengalaman bermakna buat diri saya:

  • Bergelumang dengan peluang perniagaan sewaktu masih memegang gelaran sebagai seorang pelajar di universiti.
  • Membuat keputusan untuk tidak menerima peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat yang memberikan saya biasiswa pinjaman boleh ubah, P******* dan menyambung melakukan bisnes Herbalife secara sepenuh masa.
  • Setelah berkahwin, saya juga ditakdirkan untuk melalui fasa percubaan untuk hamil atau selalu dipanggil TTC (Trying To Conceive) selama 7 tahun dan alhamdulillah pada tahun ke 7 perkahwinan Allah hadirkan seorang anak dari rahim saya.
  • Seorang penghidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) dan juga Endometriosis Tahap 1.
  • Saya juga merupakan seorang ibu yang berjaya melalui fasa cetusan laktasi (Induced Lactation) dan menyusukan 3 orang anak angkat yang sekarang dinaikkan status menjadi anak susuan saya setelah lengkap syarat penyusuan untuk dimahramkan tanpa pernah merasa hamil dan melahirkan.
  • Sekarang, saya merupakan seorang ibu kepada 4 orang anak yang melakukan bisnes Herbalife secara separuh masa (kerana majoriti masa saya diperuntukkan untuk anak-anak).



Penulisan di blog ini adalah penceritaan yang ingin saya abadikan mengenai kehidupan harian saya bersama anak-anak. Dan sudah semestinya akan saya selitkan sekali mengenai Herbalife.






Gambar di atas adalah penyebab perkenalan saya dengan produk Herbalife pada tahun 2010. Kenaikan berat mendadak sewaktu cuti semester membuatkan saya mencari solusi untuk menurunkan kembali berat yang terkumpul. Alhamdulillah Allah temukan saya dengan kawan dari zaman sekolah rendah, Maryam Izzati, berjaya membuatkan saya menurunkan 5kg dengan bantuan makanan gantian Herbalife.





Mendirikan rumahtangga pada 2011.





Graduan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Teknologi Petronas UTP.











Lama Allah berikan tempoh bulan madu (honeymoon) kepada kami tanpa kehadiran zuriat dari rahim saya.





Alhamdulillah, pada tahun 2015, bidadari yang Allah hadirkan melalui rahim wanita lain, menjadi sumber kebahagiaan buat kami berdua. Proses memahramkan bidadari kecil ini tanpa saya lalui proses mengandung dan melahirkan menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah. InshaAllah di kesempatan lain, akan saya kongsikan mengenai pengalaman saya membuat cetusan laktasi atau 'induced lactation'.






Tahun 2016 pula Allah hadirkan seorang bidadari dan seorang bidadara kecil serentak pada tahun yang sama. Kedua-dua permata hati ini juga Alhamdulillah berjaya saya mahramkan dengan cara yang sama dengan anak pertama.






Dan akhirnya penantian seorang zuriat dari rahim sendiri bertemu pengakhiran pada 9 Januari 2019.

7 tahun penantian.
Secara rasminya, saya menjadi mama kepada 4 orang anak.



Memandangkan bilangan anak bertambah, dan hanya suami sahaja yang bekerja, saya membuat keputusan untuk kembali meneruskan misi menjadi pengedar dan jurulatih Herbalife secara separuh masa. Sejujurnya sejak 2015 saya hanya menggunakan produk untuk diri sendiri dan membuat bimbingan tentang penggunaan produk Herbalife kepada pelanggan-pelanggan lama saya sahaja. Dan untuk tahun 2020 ini in sha Allah misi bakal diteruskan secara lebih berdisiplin dan lebih fokus.


FOLLOW INSTAGRAM: @fatinfitmama







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...