Follow My Instagram @fatinfitmama For More Updates.

Monday, April 20, 2020

Projek Sains Bersama Anak Ketika PKP

Assalamualaikum. Hai.

Hari ke-34 PKP.
20 April 2020.

Tahun 2020 sememangnya tahun yang mencabar buat saya.
Dari awal tahun, perlukan adaptasi demi adaptasi.
Tahun pertama menghantar tiga orang anak ke sekolah secara serentak.
Anak-anak yang selama ini 24 jam di hadapan mata kerana saya seorang surirumah.
Sejak bersekolah, dari Januari hingga Mac, anak silih berganti tidak sihat.
Mungkin asbab imun mereka sedang bekerja kuat untuk melawan segala virus.

Disebabkan anak mula bersekolah, saya membuat keputusan untuk mula melakukan bisnes Herbalife. Untuk mengisi waktu lapang ketika anak di sekolah.
Belum lagi proses adaptasi untuk kerja dari rumah lengkap, seluruh dunia diuji pula dengan kehadiran Covid19.
Sekali lagi, perlu menyesuaikan diri untuk membahagikan masa antara anak-anak dan kerja dari rumah.
Ditambah pula, sekolah anak-anak mula memberi tugasan kepada anak-anak.

Apa pun, yang pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya
Segalanya tergantung pada diri kita untuk melihat dari sudut positif.
Ye, diakui agak sukar untuk membahagikan masa tetapi tiada yang mustahil.

Pada minggu ke-lima PKP, saya perhati anak sulung saya menunjukkan minat dalam melihat sekuntum bunga.
Bunga yang pada awalnya kuncup.
Menanti tiba masa bunga tersebut berkembang mekar.
Disebabkan proses tersebut memakan masa berhari-hari dan anak perlu keluar rumah, saya membuat keputusan untuk buat aktiviti cambahkan taugeh dari kacang hijau.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Kacang hijau
2. Pengukus besi dan penutup
3. Tisu dapur
4. Penyembur air (untuk siram, tetapi terpulang pada cara ibu-ibu untuk lakukan proses siraman)

Cara-cara:

1. Ambil segenggam kacang hijau dan rendam dahulu untuk 12 jam.
2. Ambil tisu dapur dan alaskan bahagian bawah pengukus.
3. Basahkan dahulu menggunakan penyembur air tisu dapur tersebut.
4. Letakkan kacang hijau yang telah direndam di atas tisu dapur.
5. Tutup kacang hijau berkenaan dengan satu lagi lapisan tisu dapur.
6. Basahkan tisu dapur tersebut juga dengan air menggunakan penyembur air.
7. Tutup pengukus tersebut dan biarkan di kawasan gelap.
8. Setiap 6 jam, gunakan penglibatan anak untuk menyiram kacang hijau tersebut.
9. Dan takungan air di bahagian bawah pengukus mestilah kerap dibuang untuk mengelakkan bau busuk.

Inilah hasil projek sains bersama anak-anak. 

Proses meletakkan kacang hijau yang telah direndam.



Proses membasahkan lapisan atas tisu dapur.


Selepas 24 jam, inilah hasil kejadian taugeh.


Selepas 48 jam.


Dan inilah hasil selepas 72 jam penantian dan dedikasi anak-anak menyiram taugeh.



Bolehlah buat aktiviti ini dengan anak-anak masing-masing ye ibu-ibu. In sha Allah anak mesti gembira dan teruja melihat proses dari biji benih sehingga menjadi taugeh. 
Untuk ibu-ibu yang mempunyai anak lebih besar, boleh juga ajak bersama-sama proses menggoreng taugeh ini.
Mana tahu dengan penglibatan dari awal, anak-anak boleh menjadi suka memakan sayuran (khas buat anak yang tidak suka sayur).


________________________________________________________________________________________________


Selain aktiviti untuk anak, berita baik untuk ibu-ibu. Ibu-ibu yang berminat untuk turunkan berat badan, ubah gaya pemakanan dan gaya hidup bolehlah hubungi Coach Fatin ye.

Cabaran Kurus Online untuk Mei 2020 sudah dibuka SEKARANG!




FOLLOW INSTAGRAM: @fatinfitmama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...